"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN

NURHIDAYAH HAIROM

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan sekurang-kurangnya 10 'warlord' daripada UMNO bakal menyertai gabungan itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

"Ada...kira orang yang ada nama, yang disisih oleh UMNO. Secara sukarela (mereka) sertai salah satu parti (dalam PN) sama ada Pas atau Bersatu.

"Kita akan umum sebelum PRN," katanya ditemui media di pekarangan Ibu Pejabat PN, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan pemimpin UMNO selain daripada bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bakal ditarik menyertai PN.

Dua minggu lalu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut.

Pada Isnin, beliau sekali lagi memberi bayangan lebih jelas, bahawa Noh bakal menyertai gabungan berkenaan.

Mohamed Azmin berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada PRN Selangor.

Tiada ulasan: