"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fuad Zarkashi: Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, untuk senang kembali kuasai parti,

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendakwa bekas ahli sengaja mahu melihat Umno “musnah” supaya mudah bagi mereka kembali menguasai parti itu.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Mereka ini mahu ranapkan Umno. Bolehlah politik mereka terus hidup,” kata Puad Zarkashi di Facebook.

“Mereka hanya mahu Umno kalah teruk enam PRN. Mereka hanya mahu Zahid Hamidi (presiden Umno) lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai Umno.”

Puad berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada Hishammuddin Hussein, yang membidas “jemputan sinis” Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu “tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi”, kerana mereka mahukan “Umno yang asal”.

Terdahulu, Zahid berkata, bekas ahli Umno yang merindui PAU boleh hadir menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka, manakala Asyraf berkata, mereka boleh menghadiri PAU yang bermula hari ini hingga 10 Jun.

Tiada ulasan: