"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak sempat lari balik negara, perogol kena tahan sebelum naik pesawat

Muhaamad Hafis Nawawi
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Cubaan lelaki warga asing suspek kes rogol untuk melarikan diri dengan pesawat balik ke negara asal gagal apabila ditahan polis di Pintu Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam kenyataan di Facebook berkata, polis berjaya menahan suspek yang cuba melarikan diri dalam tempoh 48 jam selepas disyaki merogol seorang wanita.

Menurutnya, suspek melakukan perbuatan itu ketika berada di rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan.

"Mangsa yang sempat merakam wajah suspek menggunakan telefon bimbit terus menghubungi ibu saudara bagi memaklumkan kejadian.

"Hasil daripada maklumat itu, pasukan operasi JSJ dapat mengesan suspek yang dalam perancangan melarikan diri untuk balik ke negara asal dengan menggunakan pesawat," katanya.

Dalam tempoh kurang 48 jam, suspek diberkas ketika berada di pintu pelepasan lapangan terbang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta hukuman sebat," katanya.

Tiada ulasan: