"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bung Moktar janji 'dedah' apa dihisap KJ minggu depan

Malaysiakini 

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin mengecam Khairy Jamaluddin yang menggelarnya sebagai musuh kesihatan awam kerana menentang rang undang-undang kawalan merokok.

Sebagai reaksi kepada kecaman tersebut, pengerusi Umno Sabah yang dipetik New Straits Times itu berkata, dia akan mendedahkan kepada umum apa yang dihisap bekas menteri kesihatan berkenaan.

“Siapa KJ? Dia sudah tiada platform, cuma juruhebah radio, dia hanya ‘hantu raya’. Dia membentangkan undang-undang yang merampas hak rakyat (untuk merokok).

"Dia mahu orang ramai berhenti merokok, tetapi tanya dia... apa yang dia hisap?" katanya.

Bung Moktar berkata demikian sebagai menjawab kenyataan bekas ahli Parlimen Rembau berkenaan yang mengkritiknya kerana menentang Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2023.

Terdahulu Khairy melalui hantaran di Instagramnya semalam melabelkan Bung Moktar sebagai "musuh kesihatan awam" kerana menentang rang undang-undang itu.

Tahun lalu versi terdahulu rang undang-undang itu - dinamakan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 - dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ketika itu Khairy masih menjadi menteri kesihatan dan berada dalam kerajaan BN-PN. Bagaimanapun ia gagal mendapat kelulusan.

Ia termasuk peruntukan mengenai dasar generasi penamat (GEG).

Bung Moktar berkata dia akan mendedahkan apa yang Khairy "hisap" apabila rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Hal itu kerana, katanya, sebagai ahli parlimen dia mempunyai kekebalan daripada tindakan mahkamah apabila diucapkan dalam parlimen.

"Siapa dia untuk menilai orang? Adakah dia (juga) mesra kesihatan awam?" katanya.

Tiada ulasan: