"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes wanita 'berendam' dalam Sungai Segamat, ini sebabnya...

Ahmad Ismail
bhnews@bh.com.my

SEGAMAT: Wanita yang dilihat 'berendam' dalam Sungai Segamat pada Jumaat minggu lalu disahkan pesakit psikiatrik.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata wanita berusia 39 tahun terbabit dilihat berenang lebih sejam dalam Sungai Segamat oleh orang awam dalam kejadian 26 Mei lalu.

"Dia kemudiannya diselamatkan anggota bomba Segamat dan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu. Wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk diambil keterangan pada jam 7.30 malam.

"Dia mendakwa tidak menemui jalan pulang ke Pusat Perlindungan Rumah Kasih Sayang Kampung Tengah di sini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, keterangan wanita itu sudah diambil dan dia dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Kehilangan wanita berkenaan sebelum ini disahkan seorang ahli keluarga terdekat dan sebuah pusat pusat perlindungan di sini.

Tiada ulasan: