"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 wanita curi, pecah tabung masjid dicekup

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan tiga wanita yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri duit tabung surau dan masjid sekitar Seremban dengan yang terbaharu berlaku pada 26 Mei lalu membabitkan surau Taman Dato Wan, dekat Paroi.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki mengenai tabung surau dipecahkan dan semua wang dilarikan.

“Pada jam 8.56 malam Rabu lalu, pihak kami menerima laporan polis daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung dipecahkan. Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian berlaku.

“Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan lapor Berita Harian.

Beliau berkata, beberapa siri tangkapan dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan. Semua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan,” katanya.

Arifai menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyalurkan maklumat kejadian jenayah supaya ia dapat ditangani dengan segera.

Tiada ulasan: