"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti yang pernah 'menebuk atap' nasihat ahli jangan ‘tebuk kapal’

Peringatan Hadi jangan ‘tebuk kapal’ mungkin tuju pada Bersatu, kata penganalisis
Anne Muhammad

SHAH ALAM: Peringatan Presiden PAS Hadi Awang supaya ahlinya tidak menjadi “penebuk kapal” menjatuhkan kerajaan diperintah parti itu mungkin mempunyai makna tersirat atau cuba ditujukan kepada Bersatu, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, ia kemungkinan bertitik-tolak melihat PAS yang dianggap sebagai “kingmaker” dalam Perikatan Nasional (PN), menyebabkan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin menjadi “adik” atau pada kedudukan kedua.

Pada Muktamar PAS ke-69 di Shah Alam kelmarin, Pengarah Pilihan Rayanya Sanusi Nor mengulangi pendirian parti itu adalah “kingmaker” dalam semua keputusan serta gerakan politik negara.

“Walaupun di State Government 4 (SG4) PAS yang menguasainya tetapi keretakan boleh dimulakan oleh Bersatu kerana dalam PN, PAS dikatakan ‘kingmaker’.

“Mungkin Bersatu tidak begitu berpuas hati dikatakan berada dalam kedudukan ‘adik’ atau kedudukan kedua,” kata Azmi kepada FMT.

Bagaimanapun, Azmi berpendapat Bersatu mungkin tidak berniat menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan PN, sebaliknya beliau mendakwa hanya menginginkan jawatan dalam pentadbiran di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Hadi pada penggulungan Muktamar PAS Ahad lalu mengingatkan ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintah PAS.

Katanya, sekalipun ada kelemahan di negeri diperintah parti itu, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan bertindak mendedahkan kepada lawan.

Namun, beberapa pemimpin parti antaranya AJK PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kenyataan Hadi hanya peringatan dan tidak merujuk kepada sesiapa.

Sementara itu, penganalisis politik Wong Chin Huat pula melihat seruan Hadi hanya menunjukkan keretakan berlaku dalam PAS, termasuk kelemahan kepimpinan pemimpin parti itu di SG4.

“Jika rasa tidak puas hati ini gagal ‘diubati’, populariti PAS dan PN akan jatuh dan memungkinkan pertukaran kerajaan dalam PRN akan datang,” katanya.

Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Jayum Jawan, pula berpendapat seruan itu membuktikan PAS tidak terkecuali berdepan pergelutan dalaman apabila memegang kuasa di negeri atau persekutuan.

“Ia sentiasa berlaku kerana ‘pie’ kecil dan mereka yang mahu bahagian terlalu ramai, justeru rancangan menukar atau menjatuhkan antara satu sama lain sentiasa berlaku pada semua,” katanya.

Tiada ulasan: