"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih 500 pekerja lombong emas Afrika Selatan jadi tebusan

Bernama
Pekerja-pekerja lombong Gold One Mine di Afrika Selatan ditahan pihak Association of Mineworkers and Construction Union, kesatuan yang mahu mendapat pengiktirafan syarikat perlombongan itu. (Gambar AFP)
JOHANNESBURG: Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas, lapor Xinhua pada Selasa.

Setiausaha sementara bagi National Union of Mineworkers (NUM) Afrika Selatan Mlulameli Mweli berkata, pekerja syarikat Gold One Mine masih berada di bawah tanah dan dihalang daripada keluar oleh beberapa kumpulan bersenjata.

Menurut jurucakap NUM, sebahagian daripada tebusan menghidap penyakit kencing manis dan mereka tidak ada makanan.

“Ketika saya bercakap dengan anda, saya berada di Gold One Mine, ahli kami ditahan. Sembilan anggota NUM cedera selepas diserang oleh samseng yang menghalang mereka daripada keluar,” katanya.

Tambahnya, NUM telah meminta agensi penguatkuasa undang-undang negara itu untuk campur tangan dan menahan samseng-samseng berkenaan.

Menurutnya, pekerja lombong itu ditahan pihak Association of Mineworkers and Construction Union, satu lagi kesatuan yang mahu mendapat pengiktirafan syarikat perlombongan itu.

Gold One Mine dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Sumber Mineral dan Tenaga serta polis untuk menyelesaikan perkara itu.

Tiada ulasan: