"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerja siapa rosakkan 12 kubur?

Erika George
am@hmetro.com.my
KEADAAN kubur yang dirosakkan di Perkuburan Kristian Sungai Bagiau. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN kubur yang dirosakkan di Perkuburan Kristian Sungai Bagiau. FOTO Ihsan Polis
Tatau: Sekurang-kurangnya 12 kubur di kawasan Perkuburan Kristian Sungai Bagiau di sini, digali dan dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Jame Reis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes pencerobohan kubur terbabit sebelum menjalankan siasatan.

"Hasil siasatan, kami dapati 12 kubur dirosakkan, hampir kesemuanya digali pada bahagian kepala kubur oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Setiap lubang pada bahagian kepala kubur itu digali sedalam dua hingga tiga kaki (sehingga kira-kira satu meter)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, kawasan tanah perkuburan itu hanya dapat dihubungi menggunakan laluan sungai dan mengambil masa perjalanan 30 minit dari pekan ini.

Kawasan kubur berkenaan juga tidak berpagar dan tiada penjaga menyebabkan ia mudah dimasuki sesiapa sahaja.

Jame berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk kawasan perkuburan.

Beliau turut meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Sarjan Tan Ah Phin di talian 013-5465743.

Tiada ulasan: