HarapanDaily.com
Ramai terkejut Syed Saddiq bangun 7 pagi
Motif asal pemimpin muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin berkongsikan latihan aktiviti lasaknya ‘mengejutkan’ orang ramai gara-gara beliau bangun 7 pagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar tersebut berkongsikan video berdurasi seminit 31 saat yang memaparkan beberapa sesi latihan berhalangan memerah kudrat itu.
“Bangun 7 pagi untuk training Spartan Race minggu depan.
“Saya masuk kategori “Super”. 10km + 24 obstacles,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau semalam.
Susulan ‘pemberitahuan’ Syed Saddiq mengenai waktu bangun pagi itu, rata-rata mengingatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan tentang sembahyang Subuh.
“Seriously? Bangun 7 pagi?
“Bangun 7 pagi, Subuh ke ‘laut’.
“Subuh 6 pagi, kalau 7 pagi dah nak masuk dhuha. Bangun kalau pukul 7 pagi dah tak sempat solat Subuh.
“Awal sikit YB. Bangun jam 6, solat Subuh. Awal sikit 5.30 dapat tahajjud. Ikhlas dari peminat YB.
“Bangun 5.30 pergi masjid ‘exercise’ yang wajib, Subuh minum sikit baru exercise yang lain,” demikian antara teguran dan nasihat warganet.
Untuk rekod, masuknya waktu solat Subuh di Lembah Klang pada masa ini sekitar jam 5.49 pagi manakala waktu Syuruk pada 6.56 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan