"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masih tak serik-serik?

Alias Abd Rani

am@hmetro.com.my

Rofiah dan suaminya, Zulkarnain didenda oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah memiliki dadah. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Seorang wanita yang mempunyai lebih lima rekod lampau berkaitan kes dadah masih tidak serik apabila didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamin, Ogos lalu.

Bagaimanapun, Rofiah Sulaiman, 36, dan suaminya, Zulkarnain Yahaya, 47, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibaca bersama, pasangan itu didakwa memiliki Methamphetamin 0.21 gram (g) di sebuah rumah di Jalan Daud, di sini.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama, denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menahan pasangan itu pada jam 6.45 petang di sebuah rumah, pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dilaporkan berkata, pemeriksaan menemui satu peket lut sinar disyaki syabu atas lantai dalam bilik rumah terbabit.

Katanya, kedua-dua tertuduh dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk siasatan lanjut susulan penemuan bahan terlaran itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kedua-dua tertuduh memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan masih belum insaf.

"Kedua-dua tertuduh mengakui apabila pihak pendakwaan mengemukakan rekod kes lampau, jadi adalah munasabah jika hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka," katanya.

Kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau iaitu Zulkarnain tiga kes sementara Rofiah, tujuh kes berkaitan dadah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,200 terhadap Zulkarnain manakala RM3,500 untuk Rofiah. Jika gagal membayar denda, Zulkarnain boleh dipenjara sehingga 10 bulan manakala Rofiah, 12 bulan.

Tiada ulasan: