"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong PN galak sebar fitnah Wan Azizah sokong Israel

HarapanDaily.com
Penyokong PN galak sebar fitnah Wan Azizah sokong Israel
Penyokong Perikatan Nasional (PN) sedang dilihat galak sebar fitnah kononnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyokong Israel.

Fitnah yang bertebaran di aplikasi TikTok itu hanya bersandarkan gambar isteri Perdana Menteri ada dalam Instagram Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Persepsi jahat itu dilihat telah dimulakan penyokong PN, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga.

“Scroll wall setantahu (Netanyahu) ni korang boleh jumpa something yang korang terkejut…”

Walau bagaimanapun, gambar itu merupakan foto sesi penggambaran isteri-isteri ketua negara yang hadir semasa pembukaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, bulan lalu.

Sehubungan itu, rata-rata berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap fitnah yang boleh mendatangkan keadaan huru-hara dalam negara sebagai pengajaran kepada mereka terbabit.

Dalam masa sama, orang ramai mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi Wan Azizah dan suaminya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kejahatan fitnah.

“Ayuh, lapor polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

“Saman je, kaki fitnah banyak duit sebab ada sponsor.

“Walaun tak boleh hidup tanpa fitnah.

“Kebebalan walaun boleh membawa ke neraka,” demikian antara komentar warganet. 

Tiada ulasan: