"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Terengganu calon PN PRK Kemaman?

FMT Reporters

PETALING JAYA: Selain penyandang Che Alias Hamid, nama Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar turut timbul antara pemimpin PAS dipertimbang sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kemaman.

Sumber mengetahui perkara itu berkata, nama Samsuri yang juga naib presiden PAS mungkin dicadangkan pucuk pimpinan untuk menambah kekuatan suara pembangkang di Parlimen.

“Beliau mempunyai kredibiliti dan apabila berada di Parlimen boleh membantu membawa isu nasional dengan lebih baik.

“Tetapi masih peringkat cadangan, Samsuri pun dikatakan cenderung di negeri…terlalu awal lagi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya kepada FMT.

Beliau bagaimanapun berkata calon utama masih Che Alias yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 dan persoalan daripada kelayakannya juga dijelaskan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Memang Che Alias calon utama kerana namanya dicadangkan PAS Kemaman, ikut tradisi memang pimpinan ikut cadangan dari bawah…kecuali nama tidak lepas tapisan Majlis Syura,” kata sumber.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman pada 2 Dis dengan 18 Nov ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu yang membatalkan kemenangan Che Alias selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya.

PAS tidak merayu keputusan itu.

Pada PRU15 Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said.

Tiada ulasan: