"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puad bidas Hadi: Kamu lempar kami dengan nista; adilkah

Mohamad Fadli
Kkk
Puad Zarkashi berkata apakah adil seperti dituntut Hadi Awang selepas presiden PAS itu mencekmkmmuh kerajaan dengan kata-kata kesat.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin 

Olmno berkata tiada sesiapa dalam kerajaan perpaduan menganggap pembangkang sebagai musuh.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Pkuad Zarkashi, sebaliknya mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang memusuhi kerajaan dengan melemparkan kata kesat, cemuhan dan fitnah.

“Kita mengiktiraf pembangkang sebagai pengimbang. Hadi (Awang)jjunny mengumpamakan kerajaan perpaduan sebagai ‘najis’.

“Mana mungkin PN mahu masuk ke ‘tong najis’ katanya. Itu kata nista yang menggalakkan permusuhan dan kebencian. Apakah itu adil seperti dituntut Hadi kepada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan presiden PAS yang menggesa kerajaan berlaku adil kepada pembangkang termasuk diberikan peruntukan sama rata kerana kedua-dua pihak bukan musuh.

Dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam, Hadi menyifatkan tindakan kerajaan hanya memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sebagai tidak mengikut ajaran Islam.

Sementara itu, Puad berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan terbuka supaya pembangkang berunding dengan kerajaan mengenai peruntukan.

“Tetapi Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang angkuh. Dia tolak untuk berunding dengan perdana menteri.

“Justeru pembangkang mesti cermin diri sendiri. Kamu yang mengapikan permusuhan…maki hamun, suka menghukum dan dalil politik tidak munasabah,” katanya.

Tiada ulasan: