"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Sampah melimpah ke jalan raya, kerajaan PAS kena balun kaw-kaw

HarapanDaily.com

‘Kerajaan Isley nak jaga kebersihan pun tak mampu’ – Heboh sampah melimpah ke jalan raya
‘Kerajaan Isley nak jaga kebersihan pun tak mampu’ – Heboh sampah melimpah ke jalan raya
Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Pas buat kesekian kalinya dikecam penduduk tempatan apabila gagal menjaga kebersihan.

Menerusi kumpulan Facebook IRDK Kelantan, heboh dikongsikan beberapa gambar memaparkan timbunan sampah yang sudah melimpah ke jalan raya akibat banyak hari tidak diangkut.

Menurut Amir Harry Fiyn, lokasi timbunan sampah itu terdapat di Bunohan dan Jubakar dalam jajahan Tumpat, Kelantan.

“Lori sampah mogok ke ni? Tak datang ambil tiga, empat hari dah,” beritahunya.

Rata-rata orang ramai menyelar kegagalan pihak kerajaan negeri dalam mengurus sampah.

“Kerajaan Isley dan ulamak nak jaga kebersihan pun tak mampu tapi dalam ceramah berapi cakap pasal Isley, menate walaun bodo.

“Dah nampak (timbunan beg plastik sampah) melimpah ke atas jalan dah tu.

“Harap walaun-walaun sekalian buat gotong-royong demi kebersihan negeri kita di bawah kepimpinan ulamak,” demikian antara sindiran warganet.

Kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan untuk membersihkan kawasan kerap berbangkit sebelum ini.

Pada Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Izani Husin memaklumkan pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan adalah kira-kira 1,200 metrik tan sehari.

Bukan sahaja masalah timbunan sampah tidak diangkut oleh lori PBT, kawasan sekitar Pantai Tok Bali di Pasir Puteh juga pernah tular kerana dipenuhi sampah sarap.

Tiada ulasan: