"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PMX: Pengalaman Dzulkefly diperlukan terajui KKM

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau percaya dengan pengalaman dimiliki Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menguruskan sektor kesihatan negara.

Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi AMANAH itu merupakan wajah baru yang dilantik ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggantikan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau sebelum ini merupakan bekas menteri kesihatan pada 2018-2020.

“Pengalaman beliau diperlukan. Saya percaya dia boleh berikan fokus yang lebih kukuh di kementerian.

“KKM terbeban dengan banyak masalah. Sebahagiannya diwarisi, sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat dari segi mutu kesihatan lebih baik.

“Saya harap dia boleh jalankan tugas dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan rombakan Kabinetnya sebentar tadi.

Tiada ulasan: