"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan dua kanak-kanak yang nampak Zayn Rayyan di Blok R

Suharmin Yusuf dan Suhanna Iskandar
am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis berjaya mengesan dua lagi saksi kanak-kanak berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

"Setakat ini kita sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel.

"Hasil mass screening, polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman pada petang Zayn Rayyan didapati hilang," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis sudah mengambil 228 sampel DNA penduduk Apartmen Indah bagi membantu siasatan.

Hussein dilaporkan berkata, semua 228 sampel DNA itu diambil daripada sebahagian penduduk di semua 18 blok, Apartmen Idaman termasuk penghuni di Blok R dan ia akan diteruskan.

"Polis juga sudah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.

"Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartmen itu," katanya.

Tiada ulasan: