"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Zayn Rayyan: Lakonan semula di lokasi berdasar keterangan dua saksi kanak-kanak

Suharmin Yusuf dan Suhanna Iskandar
am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati, lakonan semula yang bermula sejak pagi tadi selesai jam 3.30 petang, bagi membantu kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Difahamkan, lakonan semula dijalankan berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Ia bagi mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Terdahulu, polis berjaya mengesan dua lagi saksi kanak-kanak menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

"Setakat ini kita sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel," katanya dipetik.

Tiada ulasan: