"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah tetapbkan tarikh baru sebutan kes polis didakwa bunuh pelajar

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my
TERTUDUH (tengah) hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh. FOTO L Manimaran
TERTUDUH (tengah) hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh. FOTO L Manimaran
Ipoh: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kes pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar Tingkatan 5 akibat dilanggar kereta dipandunya berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru, di sini, Disember lalu.

Majistret S Punitha membenarkan tarikh 21 Mac depan selepas pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon tarikh baharu sementara menunggu dokumen penting disiapkan.

Hadir sama di pihak pendakwaan adalah dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Akmal Mod Said dan Geetha Jora Singh.

Afzainizam meminta masa kira-kira satu setengah bulan bagi melengkapkan dokumen berkenaan yang membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan menunda tarikh itu juga dipersetujui oleh peguam mewakili tertuduh, iaitu Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau sebelum Majistret membenarkan tarikh 21 Mac itu.

Peguam pemerhati keluarga yang dilantik keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid ketika ditemui selepas prosiding penetapan tarikh itu berkata, set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) berhubung pembekalan dokumen kepada pembelaan.

Katanya, Seksyen 51A CPC itu seharusnya mengandungi segala dokumen termasuk semua keterangan, video, dan selainnya yang berkaitan sebagai bukti dalam kes yang ingin dibawa.

"Jadi, sebelum hendak buktikan kes, pendakwaan akan serahkan satu salinan dokumen yang akan dipakainya itu kepada pihak pembelaan, selain peguam pemerhati pun akan minta satu set dokumen berkenaan," katanya.

Pada 18 Disember tahun lalu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Nazri Abdul Razak, 45, dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Tiada ulasan: