"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat lelaki ditemui dalam longkang Lebuhraya Duke

FMT Reporters

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengiring dalam longkang di KM5.1 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dari Gombak menghala Sentul.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat pada 11.08 pagi tadi dan pemeriksaan mendapati mayat lelaki tempatan berusia 34 tahun itu mempunyai kesan kecederaan pada kaki serta badan.

“Kami turut menemui barang dipercayai milik mangsa seperti topi keledar, seluar dan telefon bimbit di lokasi kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, mayat dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan mati mengejut.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi sarjan Sarjeet Singh Pretam Singh di talian 019-200 4310 atau bilik gerakan IPD Gombak 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: