"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat pegawai tolak kekasih jatuh laut

BERNAMA

Butterworth: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai kanannya yang disiasat berhubung kes tolak teman wanitanya hingga jatuh ke laut di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini bulan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata ketika ini, siasatan lanjut berhubung kertas siasatan tatatertib terhadap inspektor berusia 37 tahun itu, disedang dijalankan.

"Kertas siasatannya telah siap semuanya, serta kita sudah rujuk ke Bukit Aman dan ia akan diputuskan kemudian, sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak. Tetapi kami juga membuka kertas siasatan terhadap lelaki tersebut untuk tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Op Selamat 21/2024 Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pulau Pinang yang bermula 8 hingga 13 Feb, di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.49 malam 15 Jan lepas, sepasang kekasih terselamat selepas kedua-dua mereka terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, selepas dipercayai bertengkar.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, selepas mangsa wanita berusia 40 tahun itu, mendakwa dia ditolak kekasihnya.

Tiada ulasan: