"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sarjan miliki wang tunai RM3,313 ketika buat 'road block'

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Sarjan polis diambil tindakan selepas didapati memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 ketika mengadakan sekatan jalan raya di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, wang tunai itu ditemui oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang menjalankan pemantauan.

"Saya mengesahkan pemeriksaan itu dijalankan pihak JIPS di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan Op Alkohol di sini.

"Pemeriksaan dijalankan pasukan JIPS mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 dan juga RM404 tunai yang ditemui di dalam kereta," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sumber wang tunai terbabit membabitkan unsur rasuah atau pun tidak.

Katanya, kesemua anggota terbabit kini sedang disiasat dan akan dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai.

Tiada ulasan: