"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: ‘Jika masih mahu persoal, sila hantar memorandum kepada Agong baharu’ – Anwar SITI NUR ZAWANI February 5, 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai agar menghentikan segala perbahasan dan perbincangan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kata beliau, mana-mana pihak yang masih mahu mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan, dipersilakan berbuat demikian dengan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baharu. Anwar berkata, beliau faham semua pihak mempunyai pandangan tegas berhubung isu ini, namun apabila penjelasan dibuat, segala pertikaian perlu dihentikan. “Kita faham orang punyai pandangan yang kuat dan tegas dalam bidang ini jadi kita beri laluan sedikit…tetapi setelah penjelasan dibuat, harus dihentikan perbincangan “Kita tak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi Agong dan diputuskan Agong “Itu kena faham. Siapa yang masih nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baharu,” katanya.

SITI NUR ZAWANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai agar menghentikan segala perbahasan dan perbincangan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau, mana-mana pihak yang masih mahu mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan, dipersilakan berbuat demikian dengan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baharu.

Anwar berkata, beliau faham semua pihak mempunyai pandangan tegas berhubung isu ini, namun apabila penjelasan dibuat, segala pertikaian perlu dihentikan.

“Kita faham orang punyai pandangan yang kuat dan tegas dalam bidang ini jadi kita beri laluan sedikit…tetapi setelah penjelasan dibuat, harus dihentikan perbincangan

“Kita tak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi Agong dan diputuskan Agong

“Itu kena faham. Siapa yang masih nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baharu,” katanya.

Anwar menjelaskan, beliau tidak pernah mendahulukan mana-mana pihak dalam isu pengampunan, sebaliknya sesiapa sahaja yang mengemukakan rayuan, beliau akan memohon kepada Lembaga Pengampunan agar ia dibicarakan.

Dalam proses itu kata Anwar, Lembaga Pengampunan akan mempertimbangkan beberapa asas rayuan termasuk apa peranan yang dilakukan pesalah, perjalanan hidupnya, dasar dan khidmat kepada keluarga, masyarakat serta negara.

Ujarnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan dibuat atas pertimbangan baginda sebagai mercu keihsanan.

“Bagaimana nak salahkan Perdana Menteri, Agong, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan? Kita telah terima Perlembagaan, bahawa ini bidang kuasa yang kita berikan sejak Merdeka kepada Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan.

“Pertimbangan utama kepada keputusan itu adalah berdasarkan belas ihsan, Agong sebagai mercu keihsanan.

“Sama ada Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wewenang Tuanku,” ujarnya.

Dengan penjelasan itu kata Anwar, diharap dapat meredakan situasi panas ketika ini.

Tiada ulasan: