"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Boikot: Apa pun alasan FamilyMart

Tidak berurusan dengan Israel, FamilyMart Malaysia tak sokong pembunuhan

Harapandaily

FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian bahawa pihaknya tidak menyokong keganasan atau pembunuhan.

Menerusi satu kenyataan, rangkaian kedai serbaneka itu menegaskan mereka tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel.

Kenyataan itu disiar ketika seruan memboikot FamilyMart di negara ini semakin lantang ekoran dakwaan pemegang saham terbesarnya, Itochu Corp, dikatakan bekerjasama dengan Israel.

Susulan itu, Itochu akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

Menurut kenyataan, pada Mac 2023, dilaporkan bahawa Itochu Aviation, iaitu syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara itu.

“Kami dimaklumkan bahawa pada 5 Februari 2024 oleh FamilyMart Co Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU itu, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.

“FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan kami tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.

FamilyMart yang kini memiliki 360 kedai di seluruh negara membuka cawangan pertamanya di Wisma Lim Foo Yong, Kuala Lumpur pada 11 November 2016.

Rangkaian kedai serbaneka itu sejak Mac tahun lalu menghentikan penjualan minuman alkohol dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.

Kesemua makanan dan pilihan sedia dimakan FamilyMart Malaysia dibuat hanya menggunakan bahan halal.

Tiada ulasan: