"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini saki baki pemimpin Umno yang cerdik

Akur keputusan berhubung Najib dan ‘move on’, Johari beritahu ahli Umno
Naib presiden Umno itu berkata, pemimpin dan ahli kini patut menumpukan usaha membaik pulih dan memperkukuh parti

FMT Reporters
Johari Ghani mengajak ahli Umno untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa parti itu mampu bangkit menjelang PRU seterusnya pada 2027.
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Johari Ghani menggesa ahli parti supaya menghormati dan menerima keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meringankan hukuman penjara Najib Razak.

Pemimpin dan ahli Umno kini patut menumpukan usaha membaik pulih dan memperkukuh parti, kata Johari selepas perjumpaan tertutup selama dua jam antara Presiden Umno Zahid Hamidi dengan 191 ketua bahagian parti itu, lapor Berita Harian.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, sudah tiba masanya pemimpin dan ahli Umno membuktikan kepada pengkritik bahawa Barisan Nasional (BN) yang pernah dominan itu boleh bangkit semula dan kembali lebih kuat memperjuangkan rakyat.

“Kita kena terimalah apa saja keputusan dibuat Lembaga Pengampunan. Kita sebagai ahli Umno kena akur kepada keputusan (terbabit) dan ‘move on’.

“Kita tunjuk kepada masyarakat bahawa Umno akan terus bekerjasama dan bergerak untuk memastikan bahawa (parti) boleh dibaik pulih menjelang 2027,” katanya merujuk PRU yang mesti diadakan sebelum Februari tahun itu.

Perjumpaan dengan ketua bahagian hari ini diadakan susulan pengumuman bahawa hukuman penjara Najib dipendekkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Najib dijangka akan dibebaskan pada 2028, atau setahun kemudian jika gagal membayar denda.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, pihaknya sedih namun menghormati keputusan lembaga itu berhubung Najib. Bagaimanapun, Umno akan terus memperjuangkan keadilan untuk bekas presidennya itu, katanya.

Umno menegaskan bahawa keadilan untuk Najib patut dituntut kerana pihaknya percaya beliau tidak dibicarakan dengan adil dalam kes SRC International.

Tiada ulasan: