"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek kes bunuh ditahan sebaik tiba dari Thailand

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kes bunuh di sebuah kelab malam baru-baru ini sebaik tiba ke tanah air dari Thailand.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar susulan pertukaran maklumat antara pihaknya dan negara jiran terbabit.

Menurutnya, suspek seorang warga tempatan ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor kira-kira 11.30 pagi semalam.

"Ya, kita (polis) tahan lelaki berkenaan semalam. Satu sidang akhbar akan dibuat dalam masa terdekat mengenai siasatan dan penahanan ini," katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu tular di media sosial berhubung dakwaan seorang lelaki tempatan melarikan diri ke negara jiran selepas dikatakan menyebabkan kematian seorang individu dalam satu insiden di sebuah kelab malam.

Kes berkenaan mula hangat diperkatakan selepas ia tular menerusi media sosial Telegram namun tidak dapat dipastikan kesahihan butir-butir dan dakwaan yang dibuat dalam hantaran itu buat masa ini.

Tiada ulasan: