"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu sokong PMX: Penyokong Azmin, Hamzah saling bercakaran

Harapandaily

Krisis di dalam Bersatu sedang memuncak. Ia membabitkan dua pemimpin Bersatu yang gagal memenangi kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke 15.

Penyokong kedua-dua kumpulan menuduh bahawa pesaing mereka telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa setiausaha agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin yang datang menemui PMX manakala penyokong Hamzah mendakwa Azmin dan timbalan presiden Datuk Faizal Azumu Yang sebenarnya berbuat demikian.

Azmin ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan ketua Bersatu Selangor.

Menurut seorang penyokong Hamzah yang menggunakan nama Encik Richard yang berkicau melalui twitternya, team Azmin Ali sedang membayangkan kononnya Hamzah jumpa Anwar.

“Padahal Azmin dengan Peja (Faizal Azumu) yang jumpa Anwar.

“Dia orang takde jawatan MP, so duk khianat kat parti sendiri.

“Jangan sampai aku bongkar sampai lingkup terus Bersatu,” tulis Richard menerusi twitternya.

Richard telah melampirkan satu siaran kononnya Hamzah merisik jawatan di pejabat PMO yang dilebelkan sebagai fitnah.

Setiausaha sulit Hamzah Zainuddin, Ahmad Ikhwan Fadhli juga menafikan desas-desus ketua pembangkang itu sedang merisik jawatan dalam kerajaan.

Sebaliknya Ahmad Ikhwan berkata individu berkenaan bukan Hamzah selain menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah dan perang saraf ‘level amatur’.

“Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah. Perang saraf level amatur. No class,” katanya menerusi akaun X hari ini.

Percakaran ini berlaku ekoran laporan media baru – baru ini yang mendakwa pemimpin kanan Bersatu dilihat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Tiga hari yang lalu muncul sebuah laporan yang mendakwa seorang pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di PMO demi kelangsungan politik beberapa pemimpin parti tersebut.

Individu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan ahli parlimen Bersatu kepada kerajaan.

Setakat ini enam ahli parlimen Bersatu sudah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar tanpa keluar dari Bersatu.

Ini menyebabkan Bersatu mahu meminda perlembagaan parti.

Tiada ulasan: