"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Penunggang, pembonceng motosikal 'wheelie' hingga langgar kereta dicari polis

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal jatuh serta melanggar kereta selepas membuat aksi wheelie.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal jatuh serta melanggar kereta selepas membuat aksi wheelie.
Kuala Terengganu: Polis sedang mengesan penunggang motosikal Honda EX5 yang melakukan aksi 'wheelie' sambil dibonceng wanita di hadapan stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus semalam.

Dalam kejadian 6.37 petang itu, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit jatuh selepas aksi berkenaan serta melanggar hadapan kereta Perodua Myvi yang berada di laluan bertentangan.

Video kejadian berkenaan turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat pemandu Perodua Myvi pada 9.10 malam.

Katanya, kejadian berlaku ketika pemandu wanita berusia 23 tahun dalam perjalanan dari arah Dataran Austin menghala ke Teluk Ketapang, manakala motosikal dari arah Jalan Kem Askar.

"Apabila tiba di lokasi, penunggang motosikal itu membuat aksi 'wheelie' dan terjatuh sebelum melanggar kereta dipandu wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal bertindak melarikan diri selepas kejadian, manakala pemandu wanita membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang dan pembonceng motosikal terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: