"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1 maut, 4 cedera ringan ceroboh landasan KTMB

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera ringan selepas menceroboh landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan antara Teluk Pulai dan Klang hari ini.

KTMB memaklumkan, operasi KTM Komuter mengalami kelewatan lebih sejam pagi tadi selepas tren terlanggar lima penceroboh itu di KM34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.

Menurut KTMB, kejadian pada 6.39 pagi itu melibatkan tren KTM Komuter dari Stesen Jalan Kastam yang membawa 200 penumpang, mengakibatkan seorang penceroboh meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat lagi mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Berikutan kejadian itu, tren mengalami kerosakan dan menyebabkan kelewatan lebih 60 minit,” menurut kenyataan KTMB, lapor Bernama.

“Lokomotif bantuan telah dihantar untuk membawa tren komuter yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan mayat dilakukan agar perkhidmatan tren dapat kembali beroperasi seperti biasa.”

Tambah KTMB, penumpang yang terjejas dibawa ke Stesen Klang untuk menaiki bas pengantara percuma ke Stesen Subang Jaya bagi meneruskan perjalanan mereka.

Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha menegaskan, landasan kereta api ialah kawasan larangan dan individu yang menceroboh boleh dikenakan denda RM500 mengikut Seksyen 126 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Tiada ulasan: