"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru saki baki warga asing yang serang anggota Maritim Malaysia

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Laporan dalam BH Online.
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan saki baki kumpulan warga asing yang menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya yakin terdapat saki baki kumpulan penyerang yang dipercayai warga Indonesia.

Beliau berkata, berdasarkan kapasiti bot yang dinaiki kumpulan suspek, ia mampu memuatkan di antara 15 hingga 20 orang.

"Pihak polis pada masa ini cuba mengesan saki baki kumpulan penyerang membabitkan warga asing ini.

"Kita percaya mungkin ada lagi individu terbabit berdasarkan kapasiti bot yang boleh menampung antara 15 hingga 20 orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan.

Hussein berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang digunakan suspek, tiada sebarang senjata berbahaya ditemui.

"Bot itu dipercayai mahu keluar dari sempadan perairan negara, namun bertembung dengan petugas APMM yang menjalankan tugas rondaan di kawasan itu.

"Kumpulan warga asing itu cuba menyerang petugas APMM dengan menggunakan parang serta melanggar bot penguat kuasa sebanyak empat kali," katanya.

Beliau berkata, bagi mempertahankan diri dan keselamatan, anggota APMM melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot itu.

"Bot dinaiki suspek berjaya melarikan diri berikutan keadaan yang gelap.

"Kita juga sudah melakukan proses rakaman percakapan ke atas seorang suspek, manakala tiga lagi masih belum dilakukan," katanya yang turut memberitahu kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

Tiada ulasan: