"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Lelaki curi telefon bimbit juruwang OKU diberkas

MOHD AZLI ADLAN
Tangkap layar klip video memaparkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit juruwang OKU di sebuah kedai runcit di Rhu Rendang, Marang baru-baru ini.
MARANG – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan mencuri telefon bimbit milik seorang juruwang dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) tempang di Rhu Rendang di sini pada Selasa lalu.

Suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di Taman Batin Perdana, Kuala Neruspada pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, siasata awal mendapati suspek disyaki mencuri telefon bimbit jenis Samsung Galaxy milik juruwang OKU kategori fizikal terbabit yang diletakkan di kaunter pembayaran sebuah kedai runcit.

“Sebelum itu, suspek telah membeli rokok di premis perniagaan itu sebelum datang semula pada kira-kira 15 minit kemudian.

“Dia berpura-pura kononnya mahu membeli kad tambah nilai prabayar namun sejurus

Tiada ulasan: