"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai

Sinar Harian

Anggota bomba berusaha mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Sungai Sam, Kuala Krai. -Sinar Harian

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam akibat tersepit selepas terbabit dalam kemalangan di Sungai Sam, Kuala Krai, pagi ini.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.05 pagi sebelum mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai segera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lori tiga tan terbabas di kiri jalan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat seorang pemandu sedang menahan sakit akibat tersepit manakala kelindannya hanya cedera ringan," katanya.

Jelasnya, mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

"Mangsa menerima rawatan awal daripada petugas kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya. -Sinar Harian

Tiada ulasan: