"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AWAS!!! Ini antara bahayanya menyimpan makanan panas dalam plastik

Mohamed (tengah) bersama pembantunya dan Pengarah Urusan Ecoscience Research Foundation, Profesor Dr Sultan Ahmed (kanan).
Mohamed (tengah) bersama pembantunya dan Pengarah Urusan Ecoscience Research Foundation, Profesor Dr Sultan Ahmed (kanan). Mohamed (tengah) bersama pembantunya dan Pengarah Urusan Ecoscience Research Foundation, Profesor Dr Sultan Ahmed (kanan). 
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna tidak menggunakan bekas plastik untuk meletakkan makanan dan minuman panas.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pengguna juga digesa mengelak menggunakan senduk plastik ketika memasak dan menyimpan makanan panas dalam bekas atau beg plastik.

Menurutnya, plastik yang dipanaskan adalah sumber pendedahan terhadap elemen berbahaya dan perlu mengambil langkah drastik untuk mencegahnya.

“Terdapat banyak pilihan seperti kaca, seramik, keluli tahan karat untuk menyimpan atau memanaskan makanan. Selain itu, kita ada pilihan lain untuk menjadikan pembungkus dan pelapik tradisional untuk memasak antaranya daun dan kain linen atau kapas.

“Kajian dan tinjauan CAP menunjukkan bahawa ramai pengguna kini menggunakan kaedah merebus atau mendidih terus makanan dalam lapisan plastik berbungkus," katanya.

Mohamed berkata, menyimpan makanan dan minuman dalam bekas plastik mungkin memudahkan tetapi tidak selamat sepenuhnya.

“Saintis alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah kecil bahan kimia sintetik yang digunakan dalam pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan makanan yang kita makan boleh melarut resap, berinteraksi serta menyebabkan kerosakan kepada

kesihatan kita dalam jangka panjang,” katanya kepada media, semalam.

Katanya, kebimbangan itu telah ditimbulkan dalam Jurnal Perubatan British, Journal of Epidemiology and Community Health walaupun bahan kimia dalam jumlah kecil ini mungkin tidak berbahaya.

“Banyak bahan kimia dalam plastik boleh mengganggu fungsi biasa sistem endokrin kebanyakan haiwan termasuklah manusia. Kesan daripada pengganggu endokrin ini boleh memusnahkan dan berkekalan. Janin dan bayi paling mudah terjejas kepada serangan ke atas sistem endokrin kerana tubuh mereka sedang membesar.
-sinarharian-

Apa sebenarnya yang berlaku di Kedah sampai 4 kali kena puting beliung

Sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat Alor Setar rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi.

Kejadian kira-kira 2.45 petang itu turut melibatkan sebuah kandang kambing.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian.
"Kami dapati lima buah rumah rosak teruk. Tiada penduduk yang mengalami kecederaan. Cuma ada beberapa penduduk yang trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Katanya akibat kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Beliau berkata 12 anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja memotong pokok yang tumbang dan membantu mangsa kejadian.

Pusaran angin yang dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit mengejutkan penduduk kampung yang ketika itu sedang beristirahat di rumah.

Difahamkan, mangsa-mangsa kejadian puting beliung itu ketika ini menumpang di rumah saudara mereka sementara menanti bantuan daripada pihak-pihak berkaitan.

Tinjauan Bernama mendapati selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Pertahanan Awam turut menjalankan kerja-kerja memotong pokok-pokok yang tumbang.

Kejadian hari ini merupakan kes keempat membabitkan puting beliung yang dilaporkan berlaku di Kedah dalam masa tidak sampai sebulan.

Kes pertama berlaku di Kampung Alor Besar, Pendang pada 14 Okt yang menyebabkan 11 buah rumah dan sebuah sekolah rosak teruk.

Kes kedua berlaku pada 31 Okt di lima kawasan di daerah Kota Setar iaitu Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya yang menyebabkan kerosakan teruk pada 71 buah rumah dan sebuah klinik desa.

Pada 2 Nov lepas, sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong di sini mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung.
-Bernama-

Video Klip Remaja Perempuan Bergaduh


PETALING JAYA: Video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.

Video klip berdurasi enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.

Pada masa sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek mereka.

Mangsa hanya berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh.

Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.

Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'.

Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang.

Kebelakangan ini, video kes buli yang dimuat naik ke laman sosial seperti menjadi satu trend terkini.

Sebelum ini, dua rakaman video kes buli membabitkan pelajar di dua buah sekolah turut tersebar.

Berikutan kes itu, polis telah mengenal pasti kes buli itu berlaku di asrama sebuah sekolah di Pontian pada 2010, manakala satu lagi berlaku pada Mei lalu di sekolah anak yatim di Kangar, Perlis.

Suspek utama yang berlaku di Pontian itu telah dibuang sekolah pada 2011, manakala polis berjaya menahan enam suspek berusia 13-15 tahun bagi kes di Kangar.

Kes itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
-mstar-