"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib pikat PAS untuk kekal berkuasa

TERDESAK untuk menangi undi Melayu, Perdana Menteri Najib Razak dilihat cuba berbaik dengan musuh tradisinya PAS, sebuah parti Islam yang mahu undang-undang syariah dilaksanakan di Malaysia, lapor Bloomberg hari ini.

Walaupun ia tidak mungkin berlaku, kerjasama itu akan memberi kelebihan kepada Umno dan PAS. Jalinan kerjasama antara parti itu memberi kelebihan kepada Najib untuk Umno mempengaruhi undi masyarakat Islam, manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang kini lebih banyak peluang untuk mempengaruhi kerajaan berhubung polisi.

Najib membenarkan Hadi bentangkan rang undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah, satu tindakan yang menimbulkan kebimbangan segelintir pihak ia akan membuka laluan kepada hudud di Malaysia.

Najib juga bekerjasama dengan pemimpin PAS untuk membantu minoriti Rohingya yang beragama Islam di Myanmar.

Isu kaum, etnik, bahasa Melayu dan terutamanya Islam sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kata Mohamed Mustafa Ishak yang merupakan pensyarah pengajian politik dan antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

Najib sedar perkara itu. Malah beliau cuba untuk menjadi wira kebajikan masyarakat Islam berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir.

Namun memberi keutamaaan kepada pengundi Islam adalah berisiko, jika tidak "sangat berbahaya" di negara dengan minoriti Cina dan India yang besar dan sejarah keganasan etnik.

“Ia juga boleh secara tidak langsung mengalakkan ekstremis agama dan fundamentalis untuk menyebarkan ideologi sesat mereka,” kata penasihat Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia Oh Ei Sun.

Namun Ketua Umno Kuala Terengganu Sabri Alwi berkata tindakan Umno bekerjasama dengan PAS adalah betul.

“Kami orang Islam, PAS juga Islam, kami boleh bersama,” kata Sabri.

“PAS sangat fleksibel mengenai rakan kerjasama selagi ia ke arah kepentingan Islam, kata anak kepada Hadi, Muhammad Khalil yang juga ketua pemuda PAS.

“Kami sedia bekerjasama dnegan mana-mana pihak atau parti,” katanya bulan lalu di ibu pejabat parti itu di Kuala

"Apa yang penting ialah ia memberi manfaat kepada Islam dan ia memberi manfaat kepada umat Islam Melayu.

“Kami jadikan Islam sebagai asas dan orang Melayu mesti menjadi asas kepada sistem pemerintahan politik negara.”

Ketua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata “PAS adalah sama dengan Hamas,” merujuk kepada organisasi kebebasan Palestin. “Dan Umno adalah seperti Donald Trump. Kedua-duanya tidak bercampur.”

Namun, kedua-duanya “bekerja bersama demi kepentingan rakyat dan Islam. Itu lebih penting.” – 26 Ogos, 2017.

Peluang PH untuk menang lebih besar pada pertembungan tiga penjuru

Zulkifli Sulong
PERTEMBUNGAN tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS pada pilihan raya umum akan datang memberi peluang lebik baik kepada pakatan pembangkang, kata ahli panel pada satu forum pilihan raya baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata beberapa kajian yang dijalankan di seluruh negara menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada PH di kebanyakan kerusi kerana berlaku pecahan undi Melayu antara PAS dan BN.

“Bila berlaku pertembungan tiga penjuru, undi Melayu akan berpecah kepada tiga antara Umno, PAS dan PH di mana undi bukan Melayu terutamanya Cina hampir ketara bersama PH.

"Tambahan lagi apabila terbentuknya Bersatu, sebahagian undi Melayu Umno juga akan dibawanya kepada PH, maka undi PH pun akan bertambah dan akan menang dalam pertandingan tiga penjuru,” kata Khalid pada forum "PAS rakan kongsi berisiko tinggi" di Kuala Terengganu.

Menurut Khalid, PH telah meminta Pengarah Pilihan Rayanya, Mohamed Azmin Ali untuk menyiapkan satu kertas kerja tentang usaha PKR mahu terus bekerjasama dengan PAS.

Timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor itu diminta menjelaskan tujuan dan rasionalisasi mengapa PH perlu bekerjasama dengan PAS ketika parti itu terus menerus menolak kerjasama dengan PH dan juga PKR.

Azmin telah diminta membentangkan kertas itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.

Menurut Khalid, Amanah menyedari sikap PAS yang tidak mahu bersama PH itu sejak awal lagi kerana hampir kesemua pimpinannya mengenali parti Islam itu kerana mereka berasal darinya.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memaklumkan PAS akan bertanding 42 kerusi negeri di Selangor termasuk Kajang (kerusi Wan Azizah Ismail) dan Bukit Antarabangsa (Azmin).

Dalam PRU 13 lalu, PAS hanya bertanding 23 kerusi dan menang 15 darinya.

Menurut Khalid, sebelum ini ketika Iskandar Samad adalah pesuruhjaya PAS Selangor, kesemua 13 Adun PAS telah menghantar surat kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta diberi ruang untuk berbincang dengan PH di Selangor.

"Namun ia telah ditolak oleh PAS. Bahkan kesemua unit PAS telah mempermainkan adun-adun ini sehingga Iskandar mendakwa mereka semua duduk dalam perigi buta, yang tidak tahu kepentingan mereka terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor," kata Khalid dalam forum itu.

Sementara itu seorang lag i ahli panel, Hasbie Muda yang juga ketua Pemuda Amanah Terengganu berkata, sejak dari dulu lagi sejarah menunjukkan PAS selalu tidak setia dengan rakan kongsinya.

Dalam tahun 1960an di Terengganu, PAS pernah mengkhianati Parti Negara apabila mereka bekerjasama melawan Perikatan waktu itu.

"Ia menyebabkan kemudiannya, tiga Adun Parti Negara pimpinan Datuk Onn ketika itu menyertai Perikatan bersama lima wakil rakyat PAS sendiri melawan kerajaan negeri pimpinan PAS sehingga ia tumbang.

"Ia menunjukkan dalam keadaan yang getirpun PAS tidak menghargai rakan muafakatnya," kata Hasbie bagi mengukuhkan hujahnya bahawa PAS tidak boleh diharapkan oleh rakan muafakatnya.

Katanya, suasana semasa dalamman parti juga sangat bahaya bagi mana-mana pihak mahu berkongsi dengan PAS.

"Dahulu PAS ada ramai pemimpin yang berkongsi kuasa tetapi kini kuasanya tertumpu kepada seorang individu," kata Hasbie merujuk kepada kuasa yang dipunyai oleh Hadi yang sangat besar dalam PAS.

Menurut Hasbie, ketika Hadi adalah timbalan presiden parti, beliau pernah berkata dalam satu program untuk menarik pengundi Cina, PAS akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Namun, kata Hasbie, ia telah disanggah oleh Fadzil Noor kemudiannya.

Begitu juga Hadi pernah mahu bekerjasama dengan Umno sebelum ini tetapi ia telah disanggah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS ketika itu.

"Sekarang kuasa dalam PAS tertumpu kepada seorang individu ini," kata Hasbie dalam forum yang dihadiri pimpinan dan penyokong Amanah Terengganu itu. – 26 Ogos, 2017.

Marah dengan orang lelaki, wanita kerat kemaluan anak sendiri?

Beijing – Seorang wanita di timur China memotong kemaluan anak lelakinya dipercayai semata-mata kerana mahu kembali kepada keluarga suaminya, lapor media China.

Kanak-kanak malang itu yang dikenal pasti sebagai Xiao Wen melepasi tahap kritikal dan berada dalam keadaan stabil.

Sina.com melaporkan insiden berlaku di Chonggren, bandar Fuzhou, Jiangxi.

Xiao Wen dibawa ke hospital oleh datuk dan neneknya dalam keadaan berlumuran darah.

Doktor menjalankan pembedahan penyambungan kemaluan dan kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil.

Doktor berkata, dia mungkin akan berdepan kesukaran fungsi zakar, namun dia masih berpeluang mempunyai anak di masa depan jika dia sembuh sepenuhnya.

Nenek kanak-kanak itu memberitahu, wanita itu meninggalkan keluarganya sejak setahun lalu dan berkahwin dengan orang lain.

Motif wanita itu masih tidak jelas.
-mstar