"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PLAK POKOK DEMOKRASI KERAJAAN NIZAR AKHIRNYA DIROBOHKAN


Setelah kami menyiarkan keputusan undian SMS 7 Edition tentang 96% responden membantah langkah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah mengeluarkan notis supaya pemilik plak peringatan yang dibina di kawasan di bawah "Pokok Demokrasi" dirobohkan dalam tempoh 24 jam, MBI mengambil tndakan hari ini merobohkan plak peringatan tersebut tanpa memperdulikan sensiviti rakyat umum.

Itulah sikap sebenar kerajaan haram BN yang berkuasa. Sekalipun dalng kepada kerajaan haram itu sendiri Najib Tun Razak berkata parti pembangkang PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, tetapi hakikatnya merekalah yang TIDAK menunggu keputusan mahkamah apabila mereka bertindak meyakiti hati rakyat dengan merobohkan plak kpenunyaan kerajaan pimpinan MB Dato Seri Mohammad Nizar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Demikian jawapan dari seorang yang bergelar "exco" dari sebuah kerajaan yang belum ditentuhan keabsahannya di mahkamah. Belum lagi mereka menjadi sebuah kerajaan yang sah mereka sudah menampakkan kesamsengan dan kejahatan mereka yang mereka warisi dan mengikuti kesamsengan dan kejahatan "dalang" kepada penubuhan kerajaan yang ditegakkan melalui rampasan kuasa di Perak.

Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim mengesahkan MBI telah merobohkan plak berkenaan.

Selain plak itu, pekerja MBI juga telah memusnahkan penanda-penanda lima pokok yang baru ditanam berdekatan dengan Pokok Demokrasi berkenaan.

Penanda-penanda tersebut membawa maksud lima prinsip kerajaan Pakatan Rakyat iaitu
Telus, Adil, Wibawa, Amanah dan Kebajikan.

Tindakan kerajaan BN haram pimpinan Zambry Abdul Kadir ini tidak ada bezanya dengan beberapa tindakan MB dan bekas MB dari BN yang tidak sensitif kepada rakyat seperti bekas MB Selangor yang telah merobohkan kuil di Ampang serta surau di Berembang juga bekas MB Terengganu Idris Jusoh yang telah merobohkan surau di Kijal.

Akibat lansung dari pebuatan-perbuatan mereka yang tidak sensitif kepada suara rakyat ini akhirnya mereka menerima penghinaan dan kutukan paling dasyat dari rakyat.


Itukah juga yang bakal berlaku kepada MB kerajaan haram Perak nanti? Jika kurang percaya, teruskan tradisi kezaliman kamu di Perak.

Tiada ulasan: