"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen BN Sengaja Mencari Pasal Untuk Menutup Kemusykilan Rakyat Dengan Usul Tindakan Cubaan Menggantung YB Gobind Singh!

KUALA LUMPUR - Kami hairan dengan tindakan Wakil Rakyat BN yang bercadang untuk menggantung tugas ahli parlimen DAP (Puchong) Gobind Singh Deo (foto) selama setahun kerana dianggap"menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri" semalam. Wakil rakyat Puchong semalam digantung sehari dari Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Persoalannya disini, kenapakah mereka tiba-tiba mahu menggantung Gobind, sedangkan dia mempersoalkan apa yang "dipersoalkan oleh rakyat" sebenarnya. Dalam kes Altantunya, kes itu belum berakhir apabila rakyat masih tertanya-tanya dan sangsi dengan Timbalan Perdana Manteri. Biarpun pihak polis mengatakan mereka sudah menyiasat Najib, namun kesangsian itu masih wujud kerana beberapa perkara yang sememangnya amat logik dam masuk akal dalam kes berkenaan. Itu ditambah pula dengan laporan eksklusif sebuah akhbar di Perancis baru-baru ini. Maka ini sememangnya mengundang pelbagai persoalan difikiran rakyat. Justeru itu, apalah salahnya jika Gobind Singh Deo sebagai mewakili rakyat mahukan penjelasan dan kepastian mengenai perkara itu. Bukankah ini adalah tugas dan tanggungjawab wakli rakyat berada di parlimen. Keraguan haruslah dijawab bagi menghuraikan segala kekusutan yang melanda. Jika tidak bagaimana Najib harus diterima sebagai PM nanti.


Antara keraguan yang munasabah yang kini bermain di fikiran rakyat ialah pertamannya, kenapa bila banyak kali nama Najib di sebut dimahkamah tetapi beliau langsung tidak dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan. Sekurang-kurangnya, jika beliau ke mahkamah bukankah berbagai persoalan boleh terungkai. Tambahan pula semua yang terlibat adalah mempunyai kaitan rapat dengan dirinya seperti 
Azilah, Sirul dan pastinya Razak Baginda. Malah, dalam saat-saat akhir perbicaraan juga kedua tertuduh terbabit ada menyatakan mereka "dikambing hitamkan" oleh pihak-pihak tertentu. Kenapa mahkamah "susah benar"mahu merekodkan kenyataan itu dan mengarahkan pihak polis menyiasat maklumat terbaru tersebut. Tetapi apakah keterangan ini diambilkira? Malahan pihak polis dengan mudah memaklumkan kepada media bahawa Najib Razak tidak terlibat dengan kes tersebut. Sedangkan Najib sepatutnya dipangil sebagai saksi di mahkamah dan seluruh rakyat masih tidak yakin selagi Najib tidak memberi kenyataan sebagai saksi di mahkmah dalam kes ini sebenarnya.

Keduanya, Najib mengatakan beliau tidak mengenali malah pernah bertemu dengan wanita Monggolia yang bernama 
Altantunya Shariibu. Namun kes ini menjadi gempar apabila sebuah akhbar di Perancis yang dikenali sebagai Liberation mengeluarkan artikel bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? . Artikel terbabit telah ditulis oleh seorang wartawan akhbar berkenaan yang berpengkalan di Thailand iaitu bernama Arnaud Dubus. Artikel terbabit menceritakan dengan jelas dan terperinci tentang hubungan Altantunya dengan pihak berkenaan hingga membawa kepada pembunuhan ngeri beliau selepas itu. Semua ini jelas menunjukkan bahawa Najib ada kaitan langsung dengan kes terbabit. Jika pendedahan di buat oleh akhbar tempatan terutamanya media arus perdana, mungkin begitu mudah Najib akan mengganggap ianya sebagai "fitnah" seperti terjadi kepada dua akuan bersumpah sebelum ini. Namun, kini ia dilaporkan oleh akhbar Perancis yang menjadi lokasi urusniaga serta pertemuan istimewa Najib dan Altantunya menurut wartawan terbabit. Laporan yang disiarkan pada5 Mac lalu itu cukup menggemparkan negara hatta seluruh dunia. Masyarakat antarabangsa mula melihat bahawa Malaysia pasti akan diperintah oleh "penjenayah" jika peralihan kuasa Pak Lah-Najib berlaku. Najib harus menjawab perkara ini bagi tidak menjatuhkan imej negara sebenarnya. Kes Anwar sebelum ini telah menyebabkan dunia melihat Malaysia mengamalkan "Law Of The Jungle". Apakah kes Altantunya juga begitu agaknya. Maka, bukankah ini akan menakutkan para pelabur untuk melabur di negara ini. Maka itulah rakyat semakin musykil dengan laporan akhbar berkenaan dan seharusnya Najib Razak menjawabnya dan menyaman akhbar terbabit jika beliau benar dan berani !

Ketiga dan lain-lain kemusykilan rakyat ialah soal 
tindakan imigresen memadam rekod kemasukan Altantunya ke Malaysia, penggunaan bom C4 yang hanya terdapat di Kementerian Pertahanan dan perlu mendapat kebenaran menteri terbabit, kehilangan pistol yang digunakan untuk menembak Altantunya, tindakan semua pihak di mahkamah iaitu Hakim, Peguambela dan Pendakwaraya yang menghalang sepupu Alantuny yang dikenali sebagai Amy menunjukkan gambar Najib dan Alantunya semasa menjadi saksi kes berkenaan, hubungan semua tertuduh begitu rapat dengan Najib Razak terutamanya Razak Baginda dan Musa Safri dan banyak lagi persoalan yang mengundang seribu makna di hati rakyat sebenarnya. Biarpun akhirnya mungkin kesemua tertuduh bakal dibebaskan dan selamat dari segala hukuman, namun "rakyat adalah hakim negara".Mahkamah boleh dibeli nama minda dan pemikiran rakyat sukar untuk dipesongkan jika mereka "musykil" akan sesuatu perkara itu. Maka itulah kita melihat tindakan wakil rakyat Puchong, Gobind Singh Deo untuk membangkitkan keresahan rakyat ini adalah wajar. Tambahan pula Najib bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

[Maka dengan itu kami melihat bahawa tindakan wakil rakyat BN mahu menggantung Gobind Singh adalah satu cubaan untuk menutup isu"panas" yang sedang hangat diperkatakan sekaran ini sebenarnya. Adalah lebih baik jika wakil rakyat BN mencabar Najib supaya menjawab dan menyaman akhbar terbabit jika terbukti benar beliau tidak bersalah. Dengan ini jelas dapat kita lihat sekarang ini sememangnya ada usaha-usaha pihak tertentu untuk menutup isu ini. Terkadang perkara yang benar akan dianggap sebagai "fitnah" jika ia dinafikan oleh pihak berkenaan."Misalnya Ali mencuri ayam, tiba-tiba Abu melihat dia mencuri dan melaporkan kepada Tok Penghulu. Memang benar Ali mencuri ayam, namun dek kerana malu namanya rosak maka Ali menuduh Abu memfitnah beliau dan membuat laporan polis. Akhirnya Abu dicop sebagai pembawa fitnah oleh masyarakat. Sedangkan hakikatnya memang Ali curi ayam. Dek kerana Ali ada pengaruh dan dikenali, makanya beliau akhirnya akan diselamatkan dengan laporan beliau difitnah". Inilah yang terjadi di Malaysia hari ini, yang dituduh mengatakan semua tuduhan adalah fitnah. Tetapi apabila menuduh pemimpin pembangkang atau musuhnya, maka bagai sepantas kilat pasukan polis akan menyerbu, menyiasat dan mendakwa tanpa sebarang keraguan sama ada kes itu betul atau tidak. Inilah yang terjadi dalam kes"Liwat Anwar" sebenarnya, dan kini berlaku lagi dalam kes Altantunya pula. Kenapa polis tidak menangkap Najib dan menyiasat serta mendakwanya di Mahkamah? Sedangkan mereka tahu hakikat sebenar perjalanan kes Altantunya itu. Rosaklah sudah institusi kehakiman di negara kita hari ini gara-gara tindakan tidak bermaruah beberapa kerat pemimpin yang kemaruk ingin terus berkuasa biarpun ditolak rakyat]. 

Tiada ulasan: