"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lagi mahu tanding bebas di Bkt Selambau

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau semakin panas apabila seorang lagi individu mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di kerusi panas tersebut. 

Terbaru ialah Tan Hock Huat. Berikutan itu, pilihanraya kecil kali ini nampaknya bukan lagi pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat semata-mata.

bukit selambau independent candidate tan hock huat 090309 no to frogTan juga merupakan calon keturunan Cina pertama yang mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Memetik lima prinsip Rukun Negara sebagai contohnya, Tan berjanji untuk mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan budaya lompat parti dan politik wang.

Bawa dua ekor katak


"Bagaimanakah kita dapat membantu mereka mewujudkan semula budaya politik yang betul?" kata Tan.

"Kebanyakan orang tidak akan mengaku bahawa mereka kalah kerana mereka tidak sedar bahawa mereka telah menyimpang dari laluan tersebut," tambahnya.

Sementara itu, bagi menunjukkan bahawa beliau tidak membuat janji-janji kosong, Tan menggunakan cara yang agak kreatif sebagai simbol janji-janjinya kepada rakyat.

Beliau mengeluarkan sebuah sangkar kosong dan memasukkan dua patung katak ke dalamnya, diikuti dengan sedikit wang kertas palsu yang digunakan dalam permainan Monopoly.

bukit selambau independent candidate tan hock huat 090309 frog and cage 02Mengenai sama ada beliau mampu menghapuskan "budaya katak", Tan berkata ianya boleh dilakukan "jika kita bersungguh-sungguh mahu melindungi prinsip-prinsip negara."

"Saya mewakili apa yang benar. Saya bertanding bukan kerana kerusi tetapi untuk melindungi prinsip-prinsip negara," kata bekas ahli Gerakan itu.

Tan merupakan ahli Gerakan aktif selama lapan tahun sejak 1995, tetapi kemudiannya keluar dari parti.

Sementara itu, Tan juga memperkenalkan dua laman blog untuk memboleh pengundi berkomunikasi dengan pusat operasinya. 

13 borang pencalonan dijual

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Kedah, Zainal Abidin Zakaria, pihaknya telah menjual 13 borang pencalonan kepada lapan orang India Malaysia, tiga Melayu dan seorang Cina.

Bagaimanapun, sehingga Rabu lalu, hanya seorang calon, P Chandrarajan telah membayar wang deposit RM5,000.

Tan merupakan individu kelapan mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Bukit Selambau.

Sabtu lalu, seorang ahli perniagaan M Venason mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Selain Venason, antara individu yang turut menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Bukit Selambau ialah ahli perniagaan R Loganathan dan bekas Ketua Wanita Parti Progesif Rakyat (PPP) Kedah G Saralah.

Pilihanraya kecil itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam daripada PKR meletak jawatan 8 Februari lalu.

Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S Krishnan dengan majoriti 2,362 undi pada pilihanraya umum Ke-12 tahun lalu.           -malaysiakini-

Tiada ulasan: