"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Xinjiang 5: 'Solat Di Rumah Saja'.. Ditarik Balik.


Masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas dikatakan pihak berkuasa membenarkan solat Jumaat di wilayah itu hari ini. -fotoAP



URUMQI
Jumaat Julai 10, 2009 :Beratus-ratus masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan mereka mengerjakan solat jumaat bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di wilayah itu hari ini.

Tindakan tersebut akan menguji sejauh mana kemampuan kerajaan untuk mengawal penentangan yang dilakukan oleh etnik Uighur yang tidak puashati dengan tindakan etnik Han yang menyerang dan menyebabkan kematian etnik Uighur Selasa lepas. Serangan tersebut merupakan rusuhan paling teruk yang pernah berlaku di wilayah itu.

Beribu-ribu pasukan tentera dan polis anti-rusuhan sudah dihantar ke kawasan itu untuk menghadapi sebarang protes daripada etnik Uighur. Beijing mengambil berat tentang situasi di kawasan itu kerana ia mempunyai simpanan minyak yang banyak. Lebih kurang 500 masyarakat Uighurs berada di luar sebuah masjid untuk sama-sama menunaikan solat dengan 1,000 lagi yang berada didalam.

"Saya berpuas hati mereka membenarkan kami mengerjakan ibadah hari ini" kata seorang lelaki Uighur, Ahmedadji. "Sudah tentu ramai yang akan membantah jika mereka tidak buat demikian." katanya lagi.

NOTIS TUTUP

Semua masjid di kawasan Urumqi sebelum ini sudah diberikan notis supaya sebarang aktiviti ibadah tidak akan dibenarkan. Sekumpulan etnik Uighurs yang menunggu di luar masjid besar Dong Kuruk berkata mereka amat marah dan sedih kerana ia tidak dibuka.

"Kami rasa terhina. Ini adalah rumah ibadat kami... kami tidak dibenarkan masuk, tapi mereka benarkan orang-orang yang tidak beragama berada di dalam" kata seorang pemuda sambil menunding jari ke arah seorang pengawal keselamatan yang sedang berkawal di dalam masjid itu.. Pihak atasan mengarahkan supaya aktiviti ibadah tidak boleh diadakan di masjid, "kandungan yang tertera pada notis di pintu hadapan masjid Guyuan Rabu lepas. "Sesiapa yang ingin menunaikan solat... lakukan di rumah sahaja."

Parti pemerintah, Parti Komunis China bimbang masjid akan menjadi tempat etnik Uighur berkumpul dan memulakan bantahan selepas sudah seminggu berlaku ketegangan. Etnik Uighurs berasal dari Turki dan hampir semuanya beragama Islam, mereka membentuk separuh daripada penduduk Xinjiang yang berjumlah seramai 20 juta orang.

Presedin Hu Jintao bergegas meningalkan sidang G8 di Itali disebabkan rusuhan etnik di wilayah itu. Beliau berkata mengawal keselamatan dan kestabilan di kawasan yang kaya dengan minyak itu adalah "tugas yang perlu diselesaikan segera" Hu turut menjelaskan yang rusuhan tersebut merupakan "satu jenayah kejam yang telah dirancangkan oleh 'three forces'"

'Three forces" ialah istilah kerajaan China yang merujuk kepada puak pelampau, puak pemisah dan terroris yang menjadi ancaman di Xinjiang. Selasa lepas, beribu-ribu etnik Han menyerang etnik Uighur dan ramai yang dilaporkan terkorban. Kerajaan China belum lagi secara rasmi mengeluarkan jumlah sebenar.

Xinjiang merupakan wilayah yang sudah lama bergolak antaranya disebabkan jurang ekonomi diantara etnik Uighurs dan Han, sekatan kerajaan berkaitan dengan hal-hal keagamaan dan kebudayaan, serta kebanjiran etnik Han yang sudah menjadi majoriti di bandar-bandar besar termasuklah Urumqi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah menjadi lumrah alam, apabila sesuatu golongan itu dizalimi, ditekan dan ditindas, tandanya akan berlaku kebangkitan dan ledakan. Jangankan manusia, kucing yang jinak lembut akan menggigit walaupun terpijak ekornya! Itu suatu amaran kepada penguasa yang zalim, kalau tidak mahu berlaku revolusi jangan berlaku zalim kepada rakyat, termasuk di Malaysia ini...

Lihat Sebelum ini..

Tiada ulasan: