"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11 Hadiah, 11 pagi, 11 Julai - 11 Nombor Bertuah Bagi Najib

Pengundi MU perlu jadi penyelamat sekali lagi - Kit Siang

KUALA KRAI: Pengundi Manek Urai disifatkan sebagai penyelamat sekali lagi sekiranya memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kata beliau 31 tahun lalu PAS kalah teruk di Kelantan tetapi Umno tidak berjaya menguburkan PAS di negeri ini kerana masih masih mampu bertahan di dua kerusi di mana salah satunya adalah kerusi Manek Urai.

"Tapi kali ini pengundi Manek Urai akan menjadi penyelamat Rakyat Malaysia, kemenangan calon PAS akan menyampaikan mesej jelas kepada semua dan pilihan raya akan datang bakal berlaku sejarah besar ," kata beliau dalam satu ceramah membantu kempen PAS dekat sini.

Kata beliau terserah kepada pengundi Manek Urai untuk menyampaikan mesej yang bagaimana dengan menyebut: " satu Malaysia sedang menunggu adakah Manek Urai akan menyokong Pakatan Rakyat."

Pakatan Rakyat ketika ini masih mengekalkan rekod mengalahkan Umno dan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12.

Selain itu Kit Siang turut menyentuh mengenai angka 11 yang beliau sifatkan sebagai angka keramat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat pada jam 11 pagi bertarikh 11 Julai. Ini angka keramat PM baru. Tetapi saya harap pengundi Manek Urai boleh hapuskan angka 11 ini dengan angka 14 (hari membuang undi),' katanya.

Mengulas mengenai janji Najib, tokoh vateran DAP itu mempersoalkan kenapa tidak dalam 11 pekara yan dijanjikan itu tidak termasuk pendekatannya untuk menghapuskan jenayah dan rasuah sedangkan Perdana Menteri ketika mengumumkan enam komitmennya - beliau mahu menyelesaikan masalah itu.

"Dalam perkara ini beliau nampaknya tidak serius. Tidak mungkin selepas 100 hari menjadi PM masih belum jumpa cara mengatasi masalah jenayah dan rasuah ini untuk diumumkan kepada rakyat. Sebenarnya beliau tidak yakin kerana terlalu banyak skandal yang berlaku termasuk selepas beliau mengambil alih pentadbiran," ujar beliau.

http://siasahdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: