"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbicaraan 2 pelajar UM 7 Disember

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh menconteng, menceroboh, khianat dan cubaan membakar sebuah dewan di Akademi Pengajian Islam, UM pada 24 Jun lalu.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, 21, dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, 21, dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar tahun dua jurusan Syariah, Akademi Pengajian Islam UM.

Kes mereka disebut semula pagi ini, selepas dihadapkan ke mahkamah pada 30 Jun lalu.

Hakim Rozana Ali Yusoff bersetuju mengekalkan jaminan masing-masing RM5,000 ke atas Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen sehingga perbicaraan dijalankan.

Kedua-dua pelajar tersebut diwakili tiga peguam - Mohamad Arfizi Mohd Ramli, Ahmad Zamri Khuzaimi dan Saidatul Karimah Nasron.

Mahkamah mula mendengar kes itu pada 9.50 pagi dan berakhir kira-kira 30 minit kemudian.

Dalam sidang media kemudiannya, Mohamad Arfizi berkata, pendakwa memberitahu mahkamah, lapan saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Turut hadir di mahkamah ialah ibu bapa Mohd Izzuddin manakala Mohd Syahruldeen pula ditemani ibu saudaranya.

Hadir sama memberi sokongan ialah naib presiden Persatuan Mahasiswa Islam Univerisiti Malaya (PMIUM), Mohd Aizat Mohd Saleh dan seorang exconya.

Sebelum itu,Mohd Izzudin (kanan) dan Mohd Syahruldeen (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menunggang motosikal bernombor pendaftaran yang sukar dilihat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta di fakulti yang sama pada tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan.

Bagi kes kesalahan trafik itu, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 24-25 Jun 2010.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: