"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sikap Obama, Sarkozy jeling gadis jadi tumpuan, Najib Rosmah bila lagi?

Othman Jailani
Sun | Jul 12, 09 | 7:31:25 pm MYT

Foto Obama menjeling seorang remaja Brazil, Mayara Tavares, 16, baru-baru ini tiba-tiba menjadi amat popular di internet. Mayara sebenarnya seorang remaja biasa yang terlibat dalam gerakan kemasyarakatan di negaranya.

Di Rome baru-baru ini, sekumpulan anak muda dikenali sebagai 'Junior 8' (J8) dari negara membangun dan negara industri telah bertemu di Italy ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) hadir mengadakan sidang kemuncaknya.

Kumpulan anak muda J8 itu turut hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Setiap wakil J8 itu berpeluang bertemu dan bergambar bersama pemimpin negara mereka.

Laman sesawang J8 menulis latar belakang Mayara sebagai berikut:-

"Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya.

"Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro.

"Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil.

"Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini."

Mayara dengan pakaian menarik perhatian

Bukanlah suatu hal yang ajaib jika seorang lelaki yang berada di puncak kekuasaan yang tertinggi dengan tiba-tiba menjadi rambang mata ketika melihat wanita-wanita cantik.

Dan, itulah yang berlaku kepada Obama dan Nicholas Sarkozy Khamis lalu ketika sesi bergambar sidang kemuncak G8 itu sedang berlangsung.

Maka wakil J8 Brazil, Mayara pun berjalan dengan mengenakan pakaian berwarna terang untuk bertemu Presiden Brazil, Luiz InĂ¡cio Lula da Silva.

Penampilan menarik gadis remaja itu secara tidak langsung mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama saat itu.

Para penganalisis foto mula menjalankan analisis terhadap sikap Obama dan Sarkozy gara-gara tindakan mereka memerhatikan di bahagian belakang Mayara tersebut.

Ada pihak berpendapat bahawa Obama berkemungkinan melihat ke bahagian belakang Mayara dan dalam masa yang sama, ruang kesempatan itu turut diambil Sarkozy.

Seorang pemudahcara GMA News, ketika melaporkan kejadian itu berkata, Obama itu mungkin sedang memerhatikan kakinya, mungkin beliau sedang memerhatikan langkah seorang wanita yang sedang datang dari arah belakangnya.

"Obama mungkin juga sedang membantu seorang wanita yang datang dari arah belakang untuk maju ke depan bersama.

"Tetapi, untuk Sarkozy, tak begitu jelas," kata pemudahcara itu dengan nada menyindir, diiringi gelak ketawa para penonton video klip itu yang kini telah tersiar ke serata dunia melalui YouTube.

Sebenarnya gerak laku Sarkozy yang berada jauh sedikit ketika memandang Mayara itu ternyata kelihatan lebih jelas lagi berbanding Obama yang sikapnya itu terlindung oleh sebab seorang wanita berkulit hitam yang baru tiba mencelah dari arah belakangnya.

Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang belakang gadis itu kini amat popular di internet hingga laman Drudge Report menjadikannya sebagai gurauan dengan menyiarkan foto itu dengan judul: 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua).

Sebenarnya, isunya di sini, bukanlah soal Obama dan Sarkozy memandang ke belakang Mayara itu yang menjadi persoalan. Sudut pandang kita kali ini ialah tentang bagaimana laporan Barat terhadap insiden bergambar dan rakaman bervideo itu dilakukan.

Bidang analisa gambar kurang di Malaysia?

Di kebanyakan negara membangun, kita mungkin sudah mencapai tahap membanggakan dalam bidang kewartawanan foto (photo journalism).

Tetapi bagaimana pula dengan kewartawanan video? Gambar (foto) dan gambar bergerak (video) sebenarnya menceritakan lebih seribu pengertian berbanding laporan pegun, iatu melalui tulisan teks seperti yang biasa kita laporkan dalam akhbar dan majalah.

Analisis kandungan (content analysis) adalah teknik popular untuk membuat kajian tesis di universiti. Kita juga memerlukan penganalisis gambar dan gambar bergerak (video) yang berpengalaman dalam hal ini.

Baru-baru ini, ketika Najib mengumumkan 11 hadiah mesra rakyat bagaikan seorang raja yang sedang meraikan ulangtahun kelahirannya, kita tergerak juga mahu bertanya kepada Najib berhubung isu tahanan Guantanamo itu.

Presiden Perancis Sarkozy ada kaitan dengan Najib sedikit sebanyak berikutan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis itu.

Manakala Obama yang memandang belakang Mayara itu juga ada kaitan dengan Najib berikutan tersiarnya gambar Najib menjawab panggilan Obama berhubung pembebasan tahanan Guantanamo.

Jika wartawan kita, bloggers, pengamal media semakin berani membuat siasatan serta berani membuat pendedahan bergambar dan pendedahan dengan video, itu sudah pun membuktikan bahawa kita akan mencapai tahap kewartawanan yang tinggi juga.

Bukan sedikit keraguan yang melimpah keluar di hati kita berhubung tersiarnya gambar Najib sedang menerima panggilan Obama untuk membebaskan Guantanamo itu.

Pelbagai soalan boleh kita majukan, misalnya, pada jam berapa gambar itu diambil?

Adakah Najib sudah bersedia memanggil jurugambar akhbar ke rumahnya untuk bersedia menerima panggilan telefon daripada Obama pada masa-masa yang telah diputuskan?

Atau, adakah Najib mengupah jurugambar untuk datang mengambil gambar, lalu gambar itu diserahkan kepada pihak akhbar untuk disiarkan keesokannya?

Adakah gambar itu benar-benar tulen diambil pada ketika Najib sedang berbual dengan Obama?

Jika benar Najib berbual dengan Obama tentang Guantanamo, kenapa sehingga sekarang Obama masih membisu? Bualan itu benar-benar terjadikah?

Sememangnya, gambar Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantuya di sebuah restoren itu adalah rekaan. Tapi, pendedahan video tentang keterlibatan Rosmah dengan aktiviti ilmu hitam itu agak jelas dan ia bukannya dibuat-buat.

Kita tidak perlu membuat apa-apa analisis lagi berhubung perkara tersebut sebab tuduhan itu bukannya bersifat samar-samar lagi.

Jikalau suatu akta pernah cuba dibangkitkan dalam suatu usul di Parlimen untuk menjerat Anwar Ibrahim berhubung DNA, kenapa tiada usaha mengangkat usul bagi mewujudkan akta mengekang kegiatan ilmu sihir bertujuan menangkat penjenayah ilmu hitam?

Umno, BN dan Najib akan masih kekal berkuasa jika rakyat masih belum sedar dan bijak bertindak. Najib tidak perlu menghabiskan masa mencari kaedah menjinakkan hari rakyat dengan 11 hadiah mesra rakyatnya.

Akhirnya, kita mahu bertanya:

Tahanan rakyat kita di Guantanamo akan menerima faedahkah melalui pengumuman 11 hadiah yang disifatkan Najib sebagai Mesra Rakyat itu? Tahanan di Guantanamo bukan rakyat kitakah?

Gambar Obama dan tembelang Sarkozy memandang ke arah belakang Mayara kini sudah tersiar di internet dengan meluasnya.

Jadi, bila lagi pendedahan klip video Rosmah Puaka itu mahu dialihbahasa dalam bahasa Inggeris, Perancis dan bahasa Mongolia untuk dijadikan bahan perdebatan oleh kalangan masyarakat antarabangsa?


Tiada ulasan: