Muhammad Yusri Amin | Foto Mohd Nor Yahya | |
KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Kubu Umno di Manjor kini mulai retak apabila 60 ahli dan penyokong parti itu menyertai KeADILan semalam. Borang menyertai KeADILan diserah oleh bekas pemuda Umno cawangan Manjor, Saupi Zali kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Majlis itu diadakan sempena kunjungan pemimpin kanan KeADILan di peti undi Manjor. Ramai penduduk tempatan hadir pada program berkenaan biar pun terdapat sebuah pos Umno. Penduduk hadir menikmati makan pagi bersama Menteri Besar Selangor. Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar turut hadir. "Manjor merupakan kubu Umno tetapi Alhamdulillah dengan kerjasama yang erat di antara pasukan PAS dan pasukan KeADILan, kini kubu tersebut dapat dipecahkan. "Kita juga dapat menembusi tembok-tembok yang menghalang kita untuk memberi penerangan yang betul tentang usaha dilakukan Pakatan Rakyat," kata Khalid ketika dtemui selepas program berkenaan. Menurutnya kesedaran mereka menyertai KeADIlan memberi isyarat jelas Umno tidak mampu lagi bergantung harap di peti undi Manjor. Pada kunjungan itu juga rombongan KeADILan menziarahi seorang penduduk tempatan, Mat Zin Awang Ya, 80 yang terlantar sakit sejak dua tahun lalu akibat strok. Menteri Besar Selangor juga menyampaikan hamper kepada golongan armalah di kampung tersebut. Khalid turut mempertikaikan kehadiran terlalu ramai anggota keselamatan di Dun Manek Urai yang seolah-olah menggambarkan suasana tidak aman berlaku di kampung tersebut. "Ini menyebabkan ada pihak berandaian kehadiran terlalu ramai polis seakan-akan memberi kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional menghadapi pilihan raya kecil tersebut. "Hanya jentera kerajaan yang membantu Umno sekarang setelah jentera parti tidak dapat meneruskan lagi kelangsungan parti itu dalam arus politik perdana di Malaysia. "Kalau mereka hanya menggunakan jentera parti seperti dilakukan PAS, dari awal lagi sudah tersungkur. Pagi ini saya menyaksikan jentera-jentera kerajaan Persekutuan menjadi perkakas kepada Umno," katanya. Ditanya peluang PAS bagi mengekalkan Dun Manek Urai kata beliau ruang tersebut terbuka luas sekarang memandangkan pihak lawan semakin kurang bermaya. Mengenai arahan pihak atasan polis mahu bilik Gerakan KeADILan ditutup di Manek Urai, katanya ia sudah cukup menggambarkan Umno begitu resah sekali. Beliau juga berkata, sejak Pakatan menguasai Selangor banyak duit rakyat dapat diselamatkan. Contohnya kos bagi membaiki jalan yang dilaksanakan kerajaan negeri hanya membabitkan peruntukan sebanyak RM1,000, sedangkan projek serupa di bawah kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM3,000. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kubu kuat Umno di Manjor dibolosi Pakatan Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan