"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai - Apakah stategi terakhir BN mengena?

Wan Nik Yusof Ngah

Tepat jam 12 malam, memasuki tarikh 14 Julai 2009, tamat sudah tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.

Detik masa sudah bergerak menuju persiapan hari mengundi. Masing-masing parti pastinya nervous dengan asakan kempen yang sudah berjalan sejak 6 Julai lagi.

Para pemimpin dan penganalisis parti sudah mula mengira-gira peluang masing-masing parti - menang tipis, kalah tipis, menang besar atau kalah besar.

Walaupun begitu, seperti kebiasaan bacaan politik kempen di sebelah BN biasanya mengambil peluang malam-malam terakhir sebagai strategi 'serang-buli' pengundi sasaran yang berstatus atas pagar dan pengundi-pengundi PAS yang bermasalah!

Dalam strategi BN, jika mahu menang mereka perlu menguasai 8 peratus pengundi berstatus atas pagar! Soalnya, sehingga ke malam terakhir BN masih merancang untuk dapatkan sejumlah angka tersebut.

Namun, jentera PAS tetap berwaspada, kerana strategi akhir BN sudah pasti akan menggunakan wang ringgit untuk menerjah fikiran pengundi sasaran.

Mungkin jika BN gagal pada malam akhir, siang hari pada hari mengundi pasti akan berlaku sabotaj untuk menghalang pengundi PAS keluar mengundi. Ini sekadar tohmahan dalam mentafsir kekalutan strategi akhir BN.

Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan Dato' Husam Musa dalam kenyataan media pada pagi kelmarin (13 Julai), pihak BN sudah membawa satu beg hitam besar kononnya berisi duit' untuk dibelanjakan pada malam akhir!

Jika benar demikian, pasukan keselamatan PAS pasti berkawal sehingga subuh, mungkin perlu sepanjang hari mengundi, berkawal di setiap tangga rumah penyokong sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya pembelian oleh agen BN.

Jika benteng PAS kebal pada malam akhir, pastinya BN akan tertekan dan bakal menghadapi kekalahan.

Berdasarkan bisik-bisik dan sumber risikan pihak tertentu bahawa BN ada harapan besar untuk menang, jika agen BN dapat memasuki rumah-rumah penyokong PAS bagi mendapatkan undi baru sekitar 8 peratus atau kira-kira 983 undi.

Dengan sejumlah angka ini, pihak BN boleh mencapai kemenangan sekiranya keluar mengundi sekitar 80 peratus atau 9,834 dan BN boleh menang sekitar 1,300.

Namun, cabaran bagi BN adalah sejumlah pengundi dari luar Manek Urai dijangka balik melebihi 1,000 orang. Ia akan menjadi ancaman kepada BN, kerana rekod yang lepas menunjukkan sikap politik pengundi di luar itu adalah majoriti menyokong PAS.

Jika trend pengundi itu masih status-quo keputusan pilihan raya akan menyebelahi PAS. Mungkin PAS berupaya menang tipis dengan majoriti sekitar 700 undi.

Kesemuanya adalah sekadar ulasan berpandukan jangkaan. Hanya Tuhan Yang Esa maha mengetahui dan semua jangkaan di dalam pemikiran manusia, tetapi segala-galanya tercetus di atas harapan untuk melihat kemenangan pastinya menyebelahi kebenaran dan keadilan.

(Wan Nik Yusof Ngah adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat)

Tiada ulasan: