"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gerakan sertai perhimpunan anti ISA 1 Ogos


KUALA LUMPUR, 13 Julai:Pemuda Gerakan mengambil tindakan yang memeranjat apabila mereka mengumumkan akan menyertai lain-lain pihak bagi membantah ISA 1 Ogos depan.

Ketua biro Khidmat Guaman dan Aduan Awamnya, Andy Yong berkata, sekumpulan Pemuda Gerakan akan menyertai demo besar-besaran yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu.

Perhimpunan mansuhkan ISA 1 Ogos ini diadakan sempena ulang tahun ke - 49 ISA. Perhimpunan ini akan disertai oleh NGO dan juga pertubuhan politik.

PAS melalui Dewan Pemudanya telah menggerakkan ahlinya agar menyertai perhimpunan ini.

"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada Pengerusi GMI Syed Ibrahim dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.

Tiada ulasan: