"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sister in Islam' kenapa jadi begini...

Azamin Amin

"Bukan arahan dari mimpi kaum lelaki, lantas perintahkan wanita berpakaian comel..."

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.

Umum mengetahui, bahawa pendukung kuat 'Sisters in Islam',prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.

Terdahulu, tulisan SIS dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid).

Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap SIS ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.

Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.

Baca selanjutnya:-http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021764&Itemid=35

Tiada ulasan: