"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Perak atau pindaan perlembagan tajaan Umno yang mudaratkan raja?

Abdul Aziz Mustafa 

  KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?

 Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam kenyataannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Mengulas apa yang berlaku di Perak, Tengku Razaleigh berkata, isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya, kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Saya masih ingat dikala Dr Mahathir melobi untuk menarik kekebalan Raja-Raja Melayu, semua ketua negeri pimpinan UMNO/BN berdiri dibelakang Dr Mahathir menyokong tindakan itu kecuali Kelantan yang diterajui oleh PAS. Jadi siapa sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu...jangan mudah lupa sejarah oleh isu yang dibangkitkan UMNO.

Baru-baru ini, mahkamah khas tersebut yang membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) telah memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.

Tiada ulasan: