"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panas: Saiful Akan Saman Pahang Daily Online !!

 KUALA LUMPUR [5.10pm] Ini adalah berita panas yang baru kami terima tengahari tadi. Ia berkaitan dengan pendedahan tergempar kami berhubung dengan tahap kesihatan “Mangsa Liwat” Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini. Dalam artikel kami terbabit telah diterangkan dengan jelas bahawa Saiful kini semakin menderita akibat penyakit misteri yang dialaminya gara-gara sumpah laknat terhadap Anwar Ibrahim dulu.

Gara-gara artikel berkenaan kami difahamkan ada pihak-pihak tertentu bagi pihak Saiful sedang menyiasat serta ingin menyaman blog ini. Maklumat ini kami perolehi dari seorang rakan karib yang juga sahabat Saiful. Mungkin beliau kecewa dengan laporan berkenaan yang boleh menjejaskan imejnya maka ingin menyaman PDO atas alasan memfitnah beliau. Kenyataan ini telah disiarkan dalam ruangan Friendster beliau beberapa hari yang lalu.

Malah beliau turut menyiarkan biodata cucumatkilau yang disangka penulis artikel berkenaan. Lalu disiarkan maklumat tentang cucumatkilau dengan agak detail. Justeru itu kiranya benar “mamat Saiful” mahu menyaman PDO, sokongan daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Beliau boleh mengenakan saman kononnya kami memfitnah beliau. Namun, beliau juga harus sedar “kes mengarutnya” yang telah menghina dan menjejaskan nama baik serta maruah Anwar Ibrahim itu adalah lebih zalim daripada apa yang berlaku ini. Maka itu, kami mempersilakan Saiful untuk menyaman Pahang Daily Online jika beliau ingin melakukannya.

Insya Allah, jika ini berlaku maka banyak lagi “rahsia hidup Saiful” akan kami bongkarkan menerusi maklumat dari rakan-rakan karib, keluarga serta saudara mara beliau sendiri. Beliau harus sedar, bukan semua tindakannya itu disenangi oleh mereka selama ini. Saiful perlu insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan jika beliau ingin selamat.

http://pahangdaily.blogspot.com

Tiada ulasan: