


Dia cabar saya bawa ke Mahkamah.. Saya kata : You will see!!"kata Fadzly. Tiga orang penceramah tersebut ditahan sehari semalaman dan digari ketika keluar dari IPD Rompin untuk diambil keterangan. Atas arahan ketiga-tiga penceramah tersebut, beliau kemudian memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuantan. OCPD tersebut di saman di atas kapasiti individu dan bukan sebagai OCPD. Tambah Fadzly "Saya nak ajar keangkuhan dia! Dalam majlis ceramah tersebut, polis buat rampasan barang-barang ceramah seperti P.A sistem dan lain-lain. Saya sempat malam berhadapan OCPD tersebut cabar dia supaya dakwa kesemua mereka yang ditangkap. Tetapi sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya. Yang menyedihkan sehingga kini barang-barang yang dirampas langsung tak dipulangkan. Saya ada menulis kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Pahang. Bila saya tulis surat kepada mereka kata belum dapat apa-apa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin itu".
"Bila saya tulis kepada IPD Rompin, mereka kata kertas siasatan ada pada Jabatan Peguam Negara. Saya nak tegaskan bahawa inilah kedangkalan dan ciri-ciri kebaangsatan pada Jabatan Peguam Negara, penasihat Undang-undang Pahang dan IPD Rompin. Kes saman ini telah berlangsung beberapa tahun dimana hari ini Pihak Plaintif-Plaintif (Orang Kena Tangkap) telah selesai memanggil saksi-saksi. Hari ini adalah untuk memanggil saksi Defendan dan dijangka OCPD tersebut akan dipanggil memberikan keterangan. Mujurlah peguamcara Defendan Encik Pritam Singh pohon tangguh atas sebab pertukaran hakim maka adalah perlu pihak-pihak mendapatkan Nota Keterangan (Notes of Evidence) dari catatan rekod saksi Hakim yang mencatatkannya terdahulu. Mahkamah telah tetapkan tarikh 17 dan 24 April ini sebagai tarikh sambung bicara".
Menurut Fadzly lagi Kes ini banyak memberikan pengajarannya dan beliau telah membuat satu bantahan terhadap Yang Arif Hakim ketika itu di atas alasan bahawa Hakim tersebut tak boleh dengar kes ini memandangkan sejarah beliau sebagai seorang aktivis UMNO yang mana kes ini melibatkan PAS, parti lawan UMNO. Hakim berkenaan melenting dengan bertegas menyatakan bahawa beliau telah angkat sumpah taat setia sebagai hakim."Beliau pertikaikan saya adakah saya boleh dianggap PAS kalau buat kes orang PAS? Saya jawab, saya hanya seorang peguam untuk mempersembahkan kes di hadapan Hakim, tapi beliau adalah hakim yang bertanggungjawab membuat keputusan. sudah tentu berbeda tugasnya. Akhir sekali, saya nak tegaskan kat sini, bahawa anggota keselamatan tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk mengambil tindakan agar ia tidak menjadi ancaman kepada pihak tersebut. Saya nak tegaskan OCPD Rompin dan mana-mana pegawai polis negara ini, supaya jika berjalan memandang langit jangan lupa rumput di bumi, kerana kita semua manusia yang dijadikan ada lebih dan kurang masing-masing.. Kepada bekas OCPD Rompin yang disaman tersebut saya nak bagitau: "Aku mungkin budak hingusan dari segi umurku..tapi di Mahkamah kelak kita akan tau siapa yang berhingus nanti".."
[Artikel di atas adalah catatan dari Peguam Saudara Mohd Fadly Mohd Ramly, yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Rompin, Pahang. Sungguh mengejutkan bila kes tangkapan ini berlaku di dalam rumah dan bukannya di kawasan lapang seperti kebiasaannya. Nampaknya anggota polis di Malaysia ini semakin "meraban" bila terpaksa mengikut telunjuk puak pemerintah yang dahaga menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Kini kes tersebut terpaksa ditanguh-tangguhkan beberapa kali atas alasan pertukaran hakim dan sebagainya, walhal sebaliknya kami mendapat laporan yang pihak polis amat takut dengan perbicaraan ini dan mungkin mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah agaknya] http://pahangdaily.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan