"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Terhangat Di Pasaran


Mungkin gambar ini menjadi penyebab kepada apa yang dikatakan "kemelut Elizabeth Wong".

Gambar foto separuh bogel yang dirakam sewaktu beliau sedang tidur yang tiba-tiba tersebar begitu cepat di era digital ini yang tiba-tiba menjadi punca kejatuhan seorang pemimpin.

Gambar itu sendiri pada hemat GB tidaklah begitu menghairankan kerana di internet ini sudah ada gambar yang lebih hebat dan dasyat daripada itu.

Apatah lagi ianya tidak mendapat keizinan dari tuannya. Ini bererti sesiapa yang teraniya di mana gambarnya sedang mandi atau tidur automatik ia mesti dihukum, kalau berdasar logik dua bekas MB Selangor yang perasan sangat dia dah cukup bermoral.


Cuma yang menjadikan ia begitu laris, ia tentang seorang tokoh politik seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Blog national-express menyifatkan laporan Malay Mail yang mendedahkan kes tersebut sebagai satu contoh kewartawanan longkang apabila foto perempuan yang tidak ada kena-mengena berita berkenaan diselitkan bersebelahan dengan berita tersebut.

Dan hal yang sama dilakukan oleh sebuah akhbar online, agendadaily, yang wartawannya adalah bekas mereka yang terbiasa dengan kerja-kerja fitnah di sebuah syarikat akhbar bernama Utusan, yang sering menimbulkan isu perkauman sempit yang dimurkai oleh Sultan Mizan di dalam titahnya semalam yang tanpa mengenal batas etika asalkan saja ia boleh popular dengan menjadikan ia sebagai isu untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat. Gambar sebegini pun boleh dijadikan modal oleh mereka yang bangkrap idea dan bangkrap isu.


Kalau pemimpin UMNO rasanya mereka tidak begitu hairan dan banyak pula justifikasi yang akan diberikan bila berkeadaan begitu.


Bagaimana kalau di atas adalah pemimpin Pakatan Rakyat?
Tentunya dah macam nak kiamat dilakukan media massa arus perdana                                                                                                                                                                                                                                              http://greenboc.blogspot.com/

1 ulasan:

noni berkata...

sila lawati website saya

http://gunners-noni.blogspot.com/2011/12/1st-in-malaysia-and-in-world.html

produk kesihatan candy berasaskan susu kuda dari Belgium buatan Malaysia (Halal)