"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harussani Mengadu Dicerca dan Dimaki


Akhbar Utusan melaporkan, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.

Beliau berkata, tindakan berkenaan langsung kononnya tidak menggambarkan akhlak seorang Islam sejati kerana golongan mukmin mestilah takut kepada Allah, Rasul-Nya dan juga pemerintah.

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, sebenarnya sebelum ini telah membidas kenyataan Mufti Perak berkenaan dengan menyifatkan kenyataan Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.



Tindakan Harussani yang sebelum ini cuba memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan PAS dengan mencadangkan supaya PAS bersatu dengan UMNO tidak mudah dilupakan sehingga telah timbul fitnah yang besar melanda jemaah Parti Islam SeMalaysia sedikit waktu lalu.                                             Baca Selanjutnya:- http://greenboc.blogspot.com/2009/02/harussani-mengadu-dicerca-dan-dimaki.html

Tiada ulasan: